Apsal aku sonang bonar hupdate blog je ni? Kuang kuang kuang..
Sobab potame, aku dah tak nak terikat dengan facebuku.
Sobab koduo, i need to entertain myself without using mukabook.
Sobab kotiga, blogger udah boleh di install dari Play Store.
Sobab koempat, i need a diary without using a pen..hahahaha
Thursday, February 26, 2015
Blogger in App
Guru ganti = Guru praktikal
Di sini, guru ganti ibarat guru praktikal..
Di beri tanggungjawab yang tak pernah di galas,
untuk menggantikan guru bersalin satu,
untuk memegang jawatan yg disandang guru bersalin dua,
Dan berbagai jawatan yang perlu di pegang.
Bukan nak mengeluh, tapi bersyukur sangat.
Aku dapat menyandang dan memegang jawatan yang tak tercapai dek akalku.
Jika sebelum ni setiap kali interview aku gagal,
tapi dengan tanggungjawab yg di beri di sini,
aku dapat melakukannya walaupun kadang2 terpinga-pinga.
This experience make me become stronger. In shaa Allah.
Tuesday, February 24, 2015
Lack of Communication skills
Interview punya kacang pun kau tak lepas,
camno nak interview untuk yang high level.
Nampak x permainannya di situ??
Ermmm, kalau lah syarikat-syarikat yang aku interview nie tau aku memang rajin orangnya,
aku boleh je buat ape2 task yang mereka bagi,
aku cuba sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi syarikat (angkat bakul sendiri).
Kalaulah mereka tahu..
Tapi, yang aku tak dapat lepas bila aku nak jual diri (promote myself).
I have my own skill but I lack in communication skill, thats why im never get through in any job related with my study scope.
Aku mengajar tapi aku tak reti nak terangkan, aku tunjuk cara yg di berikan, and aku masih tak boleh nak terangkn. Mereka paham bila banyak contoh yang aku bagi..
Like i said before, i have my own skill but i lack in communication skill..
Apa yg aku bebelkan? Im a replace teacher of science school, Mathematic teacher.
I need everybody around me, speaking with me. Speak in English, so I can improve my english..
That is the first thing that i want to do.
Monday, February 23, 2015
Lagu yang menikam jiwa
Biarkan Jatuh Cinta
Mata ini indah melihatmu Rasa ini rasakan cintamu Jiwa ini getarkan jiwamu Jantung ini detakkan jantungmu
Dan biarkan aku padamu Menyimpan sejuta harapan Aku padamu Rasa ini tulus padamu Takkan berhenti Sampai nanti ku mati
Biarkan aku jatuh cinta Pesona ku pada pandangan Saat kita jumpa Biarkan aku kan mencoba Tak perduli kau berkata Tuk mau atau tidak Tidak tidak tidak
Mata ini indah melihatmu Rasa ini rasakan cintamu Jiwa ini getarkan jiwamu Jantung ini detakkan jantungmu
Biarkan aku jatuh cinta Pesona ku pada pandangan Saat kita jumpa Biarkan aku kan mencoba Tak perduli kau berkata Tuk mau atau tidak
Biarkan aku jatuh cinta Pesona ku pada pandangan Saat kita jumpa Biarkan aku kan mencoba Tak perduli kau berkata Tuk mau atau tidak
Biarkan aku jatuh cinta Pesona ku pada pandangan Saat kita jumpa Biarkan aku kan mencoba Tak perduli kau berkata Tuk mau atau tidak Tidak tidak tidak
Mata ini indah melihatmu Rasa ini rasakan cintamu
By ST 12 (OST Safa & Marwah)
Friday, February 7, 2014
22 March 1989 vs 22 March 2013
Di lahirkan di Hospital Seremban tapi aku tiada sedara mara di
Negeri Sembilan. So aku orang Selangor k. Pada tarikh 22 March 1989,
15 Sya'aban, pada malam Nisfu Sya'aban anak pertama umi di beranakkan
dengan perit jerit.
Pada mulanya di besarkan oleh umi di Boundry, Banting, sampai umi
beranakkan anak no.3.Opah ambil aku untuk di bela (umur opah 40),
masa kecik2 dulu kehidupan kami agak sukar, opah kesiankan umi,
pastu pada umur 1tahun lebih aku dibesarkan oleh opah.
Aku tak ingat memori masa kecik, tapi bila tengok gambar masa kecik2
aku ingat situasi ketika itu. Aku dimanjakan, di jaga bagai menatang
minyak yang penuh. Masa aku masih menyusu menggunakan cawan
berlubang 3 aku panggil opah 'Mak'. Kalau aku merajuk, di buli, opah
selalu panggil aku dengan tangan terbuka untuk memeluk aku.
Sampai satu hari aku bermain dengan pencukur, opah marah, lepastu
aku terus dah tak manja dengan opah. Rasanya waktu tu umur dalam
kurang dari 5 tahun. (Karangan macam budak darjah 3)
Selepas aku duduk sebulan di rumah umi, aku pulang ke rumah opah
di Ampang bersama adik2 yang lain, terasa kekok sangat nak panggil
'Mak', mula panggil opah. Aku juga di besarkan oleh makcik2 aku
yang lain, yang masih remaja dan bersekolah.
Ayah aku adalah anak sulung daripada 10 beradik.
Masa kecik2, sebelum keluar pergi mana2 opah selalu cakap
"Opah takde duit ye,jangan mintak pape"
Aku pun xde kemahuan nak minx, tapi setiap kali opah cakap
camtu pasti ada je barang yang aku dapat "Chombi nak ape, ambik la"
Macam2 opah n makcik2 aku pnggil aku, chombi, jawe, ape ntah lagi.
Kawan2 aku masa kecik jiran sebelah rumah, tak pernah tanya
umo diorg, Klo maen kahwin2 ke masak2 ke aku mesti jadi lelaki
sebab paling tinggi n rambut pendek. Ingat2 lupa. Chichi, Noni, & Sarah
(name timangan dah tak ingat) Mana la diorang sekarang.
Chacha iaitu kakak Chici dah jadi artis terkenal -Tasha Shila.
Masuk darjah 1 (1996), aku tak boleh jauh dari opah. Menangis je bila
opah takde kat pandangan mata. Seingat aku, setahun opah menunggu
aku kat sekolah. Kalau opah balik aku nangis, aku dalam kelas then
opah mesti ada kat belakang kelas atau kat kantin, manje kan sangat.
Berenggang pun taknak.
Opah bela aku dari umur setahun lebih sampai umur 15 tahun (2004).
Selama aku membesar, aku tak nampak opah tunjukkan kasih sayang
dengan kata2, opah tunjuk kasih sayang dengan perbuatan.
Tapi masa tu, aku budak baru nak naik, malas, tak dengar kata,
takde perasaan. Tapi aku tak kurang ajar. Dah besar, dah duduk dengan
umi ayah, tak ingat opah, tak telefon opah, taktau nak borak apa
dengan opah. Teruknya, cucu sulung ni. Tapi masa tu aku masih remaja,
kawan first famili ntah yang ke berapa.
Tanggal 22 Januari 2013, aku mendapat tempat praktikal di
FRIM Kepong. Duduk di rumah opah, berulang dari Ampang ke
Kepong (45minit). Bersama Nouvo Lc ku.. Aku di beri praktikal
selama 7 minggu,& selama sebulan opah menjaga aku. Ketika opah sedang
sakit bahu, ketika organ dalaman opah perlu di operasi, ketika keadaan
opah yang nampak sihat di luar tapi di dalam menderita :'(
Setiap pagi selama aku praktikal, opah cuba siapkan sarapan
untuk aku. :(
Tiap kali pulang petang, pasti ada sambal belacan kegemaranku
buatan opah, opah tumbuk sambal belacan sedangkan tisu dibahunya
sudah terkoyak. Setiap malam bahunya diletakkan ais untuk
menahan kesakitan.Walaupun aku dah melarang opah menumbuk,
tapi tetap ada sambal belacan tu. Opah sentiasa sediakan makanan
kegemaranku, asam pedas. :'(
Sayangnya opah pada kau Ummu!
Masuk minggu ke 4 aku praktikal, Opah masuk hospital untuk
di operasi. Tak semua tahu, sebab hanya pembedahan kecil
di bahagian perut. Tak menjangka ada kaitan dengan bahagian yang lain
dan memerlukan pembedahan kali kedua. Result yang sama,
opah terlantar di hospital selama sebulan, setiap hari, setiap anak2nya,
berdoa supaya opah cepat sembuh, dan aku juga berdoa,
Ya Allah, tolonglah! Beri kesihatan pada opah, panjangkanlah umurnya,
Sempatkanlah untuk opah melihat cicitnya dari cucu sulungnya.
Tapi, kami juga tak sanggup lihat opah terbaring menderita. :'(
Tanggal 22 March 2013, pada hari Jumaat. Opah menghembuskan
nafasnya yang terakhir, dan meninggalkan atok, anak2 dan cucu2
yang belum bersedia untuk melepaskan dia pergi. Belum bersedia!
Tapi ketentuan Allah, tiada siapa yang mampu mengubah.
Pada hari lahirku, aku menerima hadiah yang paling tak dapat
dilupakan.Perginya seorang wanita yang sangat penyayang,
kasih pada anak2, kasih pada cucunya, kasih pada kanak2,
hanya kenangan yang dapat di simpan rapi.
Opah - Rohani Mat Yit (Al-Fatihah)
![]() |
| When I was 1 year |





