Bila aku boleh memilih lagi. Aku pasti akan memilihmu kembali ~Feb2016~

Friday, March 4, 2016

Impian musnah




Impianku sudah berada di RECYCLE BIN
Cuba untuk RESTORE dalam FOLDER cinta
Tapi masih ERROR

Tuesday, March 1, 2016

Hidup sendiri

Keputusan aku untuk bebas dari dia, sebab terlalu banyak keburukan
dari kebaikan yang aku nampak pada dia.. Tak sangka, akhirnya
aku rasa kebebasan, rasa seperti tiada apa yang dapat menghalang
untuk aku melakukan rutin aku yang dulu..

Aku tahu, aku takkan dapat lagi orang seperti dia lagi..
Kerana dia paling berbeza dari yang pernah aku kenal sebelum2 ni
dan bagi aku dia yang paling hebat. Tapi aku dah tak sanggup,
dah setahun kami bergaduh, rutin harian adalah bergaduh.. Gaduh
biasa itu takde masalah, tapi bila gaduh sampai masing2 menyakitkan
hati itu sangat luar biasa,, Kerana dengan ini aku tak mampu..

Lebih baik sendirian bertemankan sepi, dari menyakitkan pasangan
masing2, tiada bahagia yang dapat dicipta kalau aku nak dia faham aku,
dalam masa yang sama dia nak aku faham dia.. Dua2 taknak mengalah,
Aku akan mengalah bila dia tidak menyakitkan hati, tapi dia nak aku
sentiasa mengalah, fitrah perempuan bila dituduh benda yang dia tak
lakukan, dia akan backup diri sendiri & menjelaskan benda yang sebenar.
Tapi pada dia, aku sedang melawan dia.. Walaupun aku faham dia,
tapi aku tetap lawan dia.. Sebab itu fitrah perempuan, akan pertahankan
benda yang betul.


Soalan aku dan jawapan dia yang akan menjadi memori berharga pada
aku..
"Kalaulah diberi peluang, benda apa yang 
paling awak nak lakukan bila bersama"

Jawapan dia biarlah menjadi rahsia aku.. Kerana jawapannya itu tidak
akan dapat dicapai bila kita tidak bersama..

Aku sedang meraba-raba hadapanku, untuk aku mencari pohon2 kecil,
untuk aku dapat bangkit sendiri.

Untuk hidup single sekarang, bukan senang. Perempuan itu perlu sibukkan
diri dengan kerjaya, dan aku masih menjadi penganggur terhormat.
Aku perlu mengorak langkah, walaupun aku bebas tapi hati aku tetap
memilih dia..

Fitrah perempuan, perlu hidup berpasangan. Aku pula, perlu keraskan hati,
keringkan menjadi seorang yang tidak punya perasaan terhadap mana2
lelaki. Kerana, aku sedang belajar hidup seorang diri..


Sunday, February 28, 2016

Tiada seorang yang memahamiku

Yang kandungkan aku pun tak boleh memahami aku,
Inikan orang yang menghuni hati aku pun tak memahami aku..
Aku ke yang bermasalah?

Aku sebenarnya dalam keadaan stress, depress, & terasa keseorangan.
Masing2 punya masalah masing2.
Percaya tak, aku sedang menahan diri dari kemurungan..
Ingin seseorang menjadi pendengar setia aku, bukan seorang yang
perlu aku dengar leteran & masalah dia.

Maka, jadilah aku seorang yang pendiam.. 
Menahan gelojak hati, menahan diri dari menjerit,
menahan diri dari menengking.. 

Mereka suruh aku berzikir, ingat pada tuhan..
Tapi, ikhlaskah kata-kata mereka itu?
Mereka buat tak apa yg mereka nasihat pada aku?

Masalah aku yang paling besar, aku semakin jauh dari DIA
Aku dah tak nampak jalan yang aku lalui, dengan itu aku perlu 
mendekati Dia, tapi mereka tak faham.. 
Tak faham apa yang aku cuba sampaikan..
Dia juga cuba menjauhi aku, ibarat hati aku telah di gelapkn.
Aku takut, tapi aku tak merasakan Dia..

Aku ingin bercinta dengan Nya, tapi aku perlu tempat
yang boleh membimbing aku..
'Nk mengaji kat masjid depan rumah pun boleh'

Mereka masih tidak faham..
Di rumah, aku lebih banyak buat dosa.. Dosa dengan kedua 
ibu bapa aku.. Bagaimana mungkin ilmu itu & ikhlas itu
mampu menusuk ke dalam hati..

Aku perlukan sekolah, biarlah aku bersama dengan pelajar2
belasan tahun, untuk aku perbaiki diri aku..
Solatku, khusyukku, cintaku, hidupku & matiku untuk DIA..

Aku ingin, tapi semua perlukan wang.. Itu yang membuat aku buntu,
Ada kelulusan tapi disebabkan terlalu mengikut kata kekasih, 
aku menjadi penganggur, cuba berniaga tapi tiada untung..
Keluargaku kesempitan, aku tersepit dengan cinta & kebebasan..

Dan kini, hati aku terasa kosong.. Air mata yang menemani aku 
sepanjang hari.. 


Biar aku sendiri tanpa dirimu

Tiada Lagi (Amy Search)
Sia-sia sudah kita jalin cinta bila hati s'lalu berbedaSampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dadaSeandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatuWalau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini
Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikanBiar aku sendiri tanpa dirimuTiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamuBiar kusimpan semua kenanganku bersamamu
Sampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dadaSeandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatuWalau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini
Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikanBiar aku sendiri tanpa dirimuTiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamuBiar kusimpan semua kenanganku bersamamu

PS: Pengorbanan yg aku lakukan hanyalah sia-sia, kerana akhirnya
aku jua yang dikecewakan. 

Friday, February 26, 2016

Cinta & Air Mata

Bila aku terasa kosong, aku tak peduli dengan orang sekeliling.
Aku seperti hidup dengan dunia sendiri, sorang2.. Nak mengorak 
langkah tapi kaki aku masih terlekat. Terlekat dengan apa?
Dengan jiwa aku sendiri, aku tak dapat nak toleh kiri kanan,
takut hidup sendiri, lalu aku tekatkan jua untuk bersama dia.
Tapi, makin aku bersama dia makin aku terseksa, dengan pasti
dia akan terus menyeksa aku.

Akibat hubungan ini, aku tak dapat buat apa yang aku nak.
Aku tak boleh mencari pekerjaan sendiri dengan hanya makan gaji,
lalu aku cuba dengan berniaga sendiri, tapi 3bulan aku berniaga,
keuntungan yang hanya rm80 sebulan mampu tanggung apa je?
Untuk menyimpan pun tak lepas.

Akibat hubungan ini, aku kehilangan kesemua sahabat baikku.
Aku tak dapat mengikut aktiviti mereka, aku tak dapat menunaikan
permintaan mereka. Aku cuba untuk redha.. 

Aku tak boleh buat apa yang aku suka, sebab semua benda yang aku
suka dia paling tak suka..

Aku cuba mengikut rentaknya, walaupon sebenarnya aku terseksa..
Aku cuba redha..

Tapi, lepas umi bagitau sesuatu yang mengguris hati kelmarin.
Aku sangat2 terluka, dengan hubungan ini & tekaan ayah..
& aku cuba untuk menerima kenyataan itu..

Setelah apa yang aku lakukan, pengorbanan yang tiada apa bagi dia.
Aku cuba pasrah untuk melepaskan.. 

Bak kata dia 
"Biarlah kita menangis sekali ni, dari menangis akan datang"
Walaupun dah banyak kali putus sambung, walaupun hati kata sayang,
biarlah kali ini.. Biarlah..

Cinta itu ibarat kurap, makin digaru makin sedap tapi akhirnya
berubah menjadi kurap yang besar, pedih & berair.. 
Mengambil masa untuk sembuh, meninggalkan parut yang 
makan bertahun untuk hilang.


Tuesday, March 3, 2015

Rasanya tu Di Sini

Kalau ajar math sepatotnya x la mengantok, sebab memang kena kerah otak untuk mengira.
Tapi bila ngajar kimia pulak, kebanyakan pelajar mesti tido..
Tak salahkan diorang, sebab duduk asrama ni jiwa diorang cuma dalam sekolah je, nak kate penat sangat takde la tapi aku xreti nak describe dengan kate2..
Hanya mereka yg pernah duduk asrama tau perasaan tu.
Berbalik balik pada kimia, aku cuba ajar seringkas mungkin, ibarat summarize kn keseluruhan n diorang yg kena huraikan.
Ke terbalik? Aku yg kena huraikan, diorang yg kena ringkaskan?
Erk, terkompius pulak!

Sunday, March 1, 2015

Jadual Baru untuk aku

Sebelum ni ajar matematik, masa kelas pertama aku ajar tunggang langgang..
Aku sendiri tak faham ape yg aku ajar..hahaha
Then, hari demi hari baru dapat ajar dengan baik.
Isnin ni masuk bulan ketiga, aku kena ajar Kimia, takut jugak nak start macam mane,
Mesti kena banyak membaca, baru boleh keluar idea.
Cuba lihat gambar rajah yang di beri, nampak tak tempat2 kosong di sebelah pagi? Confirm waktu relief pun banyak kena masuk.. 
Hope so bukan relief waktu aku nk prepare P dan P