Bila aku boleh memilih lagi. Aku pasti akan memilihmu kembali ~Feb2016~

Tuesday, March 1, 2016

Hidup sendiri

Keputusan aku untuk bebas dari dia, sebab terlalu banyak keburukan
dari kebaikan yang aku nampak pada dia.. Tak sangka, akhirnya
aku rasa kebebasan, rasa seperti tiada apa yang dapat menghalang
untuk aku melakukan rutin aku yang dulu..

Aku tahu, aku takkan dapat lagi orang seperti dia lagi..
Kerana dia paling berbeza dari yang pernah aku kenal sebelum2 ni
dan bagi aku dia yang paling hebat. Tapi aku dah tak sanggup,
dah setahun kami bergaduh, rutin harian adalah bergaduh.. Gaduh
biasa itu takde masalah, tapi bila gaduh sampai masing2 menyakitkan
hati itu sangat luar biasa,, Kerana dengan ini aku tak mampu..

Lebih baik sendirian bertemankan sepi, dari menyakitkan pasangan
masing2, tiada bahagia yang dapat dicipta kalau aku nak dia faham aku,
dalam masa yang sama dia nak aku faham dia.. Dua2 taknak mengalah,
Aku akan mengalah bila dia tidak menyakitkan hati, tapi dia nak aku
sentiasa mengalah, fitrah perempuan bila dituduh benda yang dia tak
lakukan, dia akan backup diri sendiri & menjelaskan benda yang sebenar.
Tapi pada dia, aku sedang melawan dia.. Walaupun aku faham dia,
tapi aku tetap lawan dia.. Sebab itu fitrah perempuan, akan pertahankan
benda yang betul.


Soalan aku dan jawapan dia yang akan menjadi memori berharga pada
aku..
"Kalaulah diberi peluang, benda apa yang 
paling awak nak lakukan bila bersama"

Jawapan dia biarlah menjadi rahsia aku.. Kerana jawapannya itu tidak
akan dapat dicapai bila kita tidak bersama..

Aku sedang meraba-raba hadapanku, untuk aku mencari pohon2 kecil,
untuk aku dapat bangkit sendiri.

Untuk hidup single sekarang, bukan senang. Perempuan itu perlu sibukkan
diri dengan kerjaya, dan aku masih menjadi penganggur terhormat.
Aku perlu mengorak langkah, walaupun aku bebas tapi hati aku tetap
memilih dia..

Fitrah perempuan, perlu hidup berpasangan. Aku pula, perlu keraskan hati,
keringkan menjadi seorang yang tidak punya perasaan terhadap mana2
lelaki. Kerana, aku sedang belajar hidup seorang diri..


No comments:

Post a Comment