Bila aku boleh memilih lagi. Aku pasti akan memilihmu kembali ~Feb2016~

Friday, February 26, 2016

Cinta & Air Mata

Bila aku terasa kosong, aku tak peduli dengan orang sekeliling.
Aku seperti hidup dengan dunia sendiri, sorang2.. Nak mengorak 
langkah tapi kaki aku masih terlekat. Terlekat dengan apa?
Dengan jiwa aku sendiri, aku tak dapat nak toleh kiri kanan,
takut hidup sendiri, lalu aku tekatkan jua untuk bersama dia.
Tapi, makin aku bersama dia makin aku terseksa, dengan pasti
dia akan terus menyeksa aku.

Akibat hubungan ini, aku tak dapat buat apa yang aku nak.
Aku tak boleh mencari pekerjaan sendiri dengan hanya makan gaji,
lalu aku cuba dengan berniaga sendiri, tapi 3bulan aku berniaga,
keuntungan yang hanya rm80 sebulan mampu tanggung apa je?
Untuk menyimpan pun tak lepas.

Akibat hubungan ini, aku kehilangan kesemua sahabat baikku.
Aku tak dapat mengikut aktiviti mereka, aku tak dapat menunaikan
permintaan mereka. Aku cuba untuk redha.. 

Aku tak boleh buat apa yang aku suka, sebab semua benda yang aku
suka dia paling tak suka..

Aku cuba mengikut rentaknya, walaupon sebenarnya aku terseksa..
Aku cuba redha..

Tapi, lepas umi bagitau sesuatu yang mengguris hati kelmarin.
Aku sangat2 terluka, dengan hubungan ini & tekaan ayah..
& aku cuba untuk menerima kenyataan itu..

Setelah apa yang aku lakukan, pengorbanan yang tiada apa bagi dia.
Aku cuba pasrah untuk melepaskan.. 

Bak kata dia 
"Biarlah kita menangis sekali ni, dari menangis akan datang"
Walaupun dah banyak kali putus sambung, walaupun hati kata sayang,
biarlah kali ini.. Biarlah..

Cinta itu ibarat kurap, makin digaru makin sedap tapi akhirnya
berubah menjadi kurap yang besar, pedih & berair.. 
Mengambil masa untuk sembuh, meninggalkan parut yang 
makan bertahun untuk hilang.


No comments:

Post a Comment