Bila aku boleh memilih lagi. Aku pasti akan memilihmu kembali ~Feb2016~

Wednesday, November 14, 2012

Ex's Boy Kahwin?

Umur dah cecah 23 tahun, tapi kalau ikut bulan Islam umur aku 
dah masuk 24 tahun. Kalau difikirkan pasal umur, 
memang makan tua la aku nie. Sebabnya? Tak tau la nak cakap 
desperate ke sedih ke.. Sebab kawan2 aku dah kawin, 
pastu ada yang dah ada anak. Bila ntah turn aku, pening fikir. 
Harap apa yang aku pikir nie tak lama, 
and haruslah aku fokus dalam study aku nie.

Kali ni aku nak cerita pasal ex's aku. 
Tak sangka diorang dulu yang kawin, erm.. Nak salah aku tinggalkan 
diorang atau diorang tinggalkan aku tak boleh jugak sebab 
memang dah takdir and jodoh diorang telah ditetapkan. 'Diorang'
tu macam ramai pulak kan. hehehe.

First Couple

First kapel aku masa FORM 4 dan dia FORM 5 (2005)
Seingat aku, aku admire dia agak lama, tapi rasanya 5 bulan je kot.hehe
Dia tau 'aku suka dia', pastu nak dekat SPM tiba-tiba dia mintak kapel.
Terkedu aku tak terkata, jejaka yang ku puja-puja membalas cintaku. ahaks.
Time tu aku pun tak kenal hati aku ni macam mana and 5 bulan selepas kapel,
kitorang putus! Aku tak sedih langsung, mungkin ada salah dia
buat aku jadi takde perasaan untuk dia.
(moral cerita 1st nie, setelah 5bulan memendam 5 bulan terbalas and akhirnya
0 perasaan)

Aku tak tahu bila dia kawin tapi aku datang majlis dia bersanding bulan feburari 2012..
Aku DATANG??? Dah orang jemput, mesti la datang.hehe. Lagi pun wife dia pun
jemput, aku pun takde rasa berdendam or whatever rasa sebab memang ZERO.
Aku datang di temani adik aku,
Moga korang berbahagia sampai ke akhirnya. Amin..


Third Couple

Kenal masa FORM 5 (sebaya), pergi Kem BOMBA dia wakil teknik muadzam rasanya la.
Satu group then dapat no dari sape ntah, aku just simpan buat kenangan.
Takde niat nak contact pun, lepas SPM saje nak kacau orang pastu terjumpa no dia.
Contact, mula2 kawan no feel pun, pastu dah selalu mesej then suka.
Hubungan jarak jauh nie memang bertahan kan, rasa aku dua tahun.

Di hujung percintaan kitorang, aku curang then dia pun buat benda yang sama.
Totally nie memang salah aku, curang.hehe. Dulu kan masih remaja,
so semua nak salah kan orang je. Darah muda,
aku pun salahkan perempuan yang rampas dia dari aku.
Actually nie salah aku, kalau aku tak curang dia pun tak kan curang.
Tapi aku tahu diorang dah rapat time aku masih dengan dia. Then, akhirnya...
Perempuan tu dah sah pun jadi isteri ex aku nie sekarang. Diorang baru bernikah bulan
November 2012 nie, ex aku invite aku tapi... Aku takut aku tak kuat nak tengok,
bukan sebab aku ada perasaan kat ex ak, tapi mungkin sebab wife dia..
Mungkin aku tercabar, susah la nak cakap macam mane.
Walau bagaimana pun, doaku.

MOGA PERCINTAAN KORANG BAHAGIA SAMPAI KE SYURGA. Amin..



Eh, second couple mane?
Dia single lagi, bila tiba turn dia.... baru aku bercerita.  (",)

No comments:

Post a Comment