Friday, March 4, 2016
Tuesday, March 1, 2016
Hidup sendiri
dari kebaikan yang aku nampak pada dia.. Tak sangka, akhirnya
aku rasa kebebasan, rasa seperti tiada apa yang dapat menghalang
untuk aku melakukan rutin aku yang dulu..
Aku tahu, aku takkan dapat lagi orang seperti dia lagi..
Kerana dia paling berbeza dari yang pernah aku kenal sebelum2 ni
dan bagi aku dia yang paling hebat. Tapi aku dah tak sanggup,
dah setahun kami bergaduh, rutin harian adalah bergaduh.. Gaduh
biasa itu takde masalah, tapi bila gaduh sampai masing2 menyakitkan
hati itu sangat luar biasa,, Kerana dengan ini aku tak mampu..
Lebih baik sendirian bertemankan sepi, dari menyakitkan pasangan
masing2, tiada bahagia yang dapat dicipta kalau aku nak dia faham aku,
dalam masa yang sama dia nak aku faham dia.. Dua2 taknak mengalah,
Aku akan mengalah bila dia tidak menyakitkan hati, tapi dia nak aku
sentiasa mengalah, fitrah perempuan bila dituduh benda yang dia tak
lakukan, dia akan backup diri sendiri & menjelaskan benda yang sebenar.
Tapi pada dia, aku sedang melawan dia.. Walaupun aku faham dia,
tapi aku tetap lawan dia.. Sebab itu fitrah perempuan, akan pertahankan
benda yang betul.
Soalan aku dan jawapan dia yang akan menjadi memori berharga pada
aku..
"Kalaulah diberi peluang, benda apa yang
paling awak nak lakukan bila bersama"
Jawapan dia biarlah menjadi rahsia aku.. Kerana jawapannya itu tidak
akan dapat dicapai bila kita tidak bersama..
Aku sedang meraba-raba hadapanku, untuk aku mencari pohon2 kecil,
untuk aku dapat bangkit sendiri.
Untuk hidup single sekarang, bukan senang. Perempuan itu perlu sibukkan
diri dengan kerjaya, dan aku masih menjadi penganggur terhormat.
Aku perlu mengorak langkah, walaupun aku bebas tapi hati aku tetap
memilih dia..
Fitrah perempuan, perlu hidup berpasangan. Aku pula, perlu keraskan hati,
keringkan menjadi seorang yang tidak punya perasaan terhadap mana2
lelaki. Kerana, aku sedang belajar hidup seorang diri..
Sunday, February 28, 2016
Tiada seorang yang memahamiku
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Sia-sia sudah kita jalin cinta bila hati s'lalu berbedaSampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dadaSeandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatuWalau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini
Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikanBiar aku sendiri tanpa dirimuTiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamuBiar kusimpan semua kenanganku bersamamu
Sampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dadaSeandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatuWalau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini
Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikanBiar aku sendiri tanpa dirimuTiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamuBiar kusimpan semua kenanganku bersamamu
Friday, February 26, 2016
Cinta & Air Mata
Tuesday, March 3, 2015
Rasanya tu Di Sini
Kalau ajar math sepatotnya x la mengantok, sebab memang kena kerah otak untuk mengira.
Tapi bila ngajar kimia pulak, kebanyakan pelajar mesti tido..
Tak salahkan diorang, sebab duduk asrama ni jiwa diorang cuma dalam sekolah je, nak kate penat sangat takde la tapi aku xreti nak describe dengan kate2..
Hanya mereka yg pernah duduk asrama tau perasaan tu.
Berbalik balik pada kimia, aku cuba ajar seringkas mungkin, ibarat summarize kn keseluruhan n diorang yg kena huraikan.
Ke terbalik? Aku yg kena huraikan, diorang yg kena ringkaskan?
Erk, terkompius pulak!
Sunday, March 1, 2015
Jadual Baru untuk aku
Sebelum ni ajar matematik, masa kelas pertama aku ajar tunggang langgang..
Aku sendiri tak faham ape yg aku ajar..hahaha
Then, hari demi hari baru dapat ajar dengan baik.
Isnin ni masuk bulan ketiga, aku kena ajar Kimia, takut jugak nak start macam mane,
Mesti kena banyak membaca, baru boleh keluar idea.
Cuba lihat gambar rajah yang di beri, nampak tak tempat2 kosong di sebelah pagi? Confirm waktu relief pun banyak kena masuk..
Hope so bukan relief waktu aku nk prepare P dan P
Thursday, February 26, 2015
Blogger in App
Apsal aku sonang bonar hupdate blog je ni? Kuang kuang kuang..
Sobab potame, aku dah tak nak terikat dengan facebuku.
Sobab koduo, i need to entertain myself without using mukabook.
Sobab kotiga, blogger udah boleh di install dari Play Store.
Sobab koempat, i need a diary without using a pen..hahahaha
Guru ganti = Guru praktikal
Di sini, guru ganti ibarat guru praktikal..
Di beri tanggungjawab yang tak pernah di galas,
untuk menggantikan guru bersalin satu,
untuk memegang jawatan yg disandang guru bersalin dua,
Dan berbagai jawatan yang perlu di pegang.
Bukan nak mengeluh, tapi bersyukur sangat.
Aku dapat menyandang dan memegang jawatan yang tak tercapai dek akalku.
Jika sebelum ni setiap kali interview aku gagal,
tapi dengan tanggungjawab yg di beri di sini,
aku dapat melakukannya walaupun kadang2 terpinga-pinga.
This experience make me become stronger. In shaa Allah.
Tuesday, February 24, 2015
Lack of Communication skills
Interview punya kacang pun kau tak lepas,
camno nak interview untuk yang high level.
Nampak x permainannya di situ??
Ermmm, kalau lah syarikat-syarikat yang aku interview nie tau aku memang rajin orangnya,
aku boleh je buat ape2 task yang mereka bagi,
aku cuba sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi syarikat (angkat bakul sendiri).
Kalaulah mereka tahu..
Tapi, yang aku tak dapat lepas bila aku nak jual diri (promote myself).
I have my own skill but I lack in communication skill, thats why im never get through in any job related with my study scope.
Aku mengajar tapi aku tak reti nak terangkan, aku tunjuk cara yg di berikan, and aku masih tak boleh nak terangkn. Mereka paham bila banyak contoh yang aku bagi..
Like i said before, i have my own skill but i lack in communication skill..
Apa yg aku bebelkan? Im a replace teacher of science school, Mathematic teacher.
I need everybody around me, speaking with me. Speak in English, so I can improve my english..
That is the first thing that i want to do.
Monday, February 23, 2015
Lagu yang menikam jiwa
Biarkan Jatuh Cinta
Mata ini indah melihatmu Rasa ini rasakan cintamu Jiwa ini getarkan jiwamu Jantung ini detakkan jantungmu
Dan biarkan aku padamu Menyimpan sejuta harapan Aku padamu Rasa ini tulus padamu Takkan berhenti Sampai nanti ku mati
Biarkan aku jatuh cinta Pesona ku pada pandangan Saat kita jumpa Biarkan aku kan mencoba Tak perduli kau berkata Tuk mau atau tidak Tidak tidak tidak
Mata ini indah melihatmu Rasa ini rasakan cintamu Jiwa ini getarkan jiwamu Jantung ini detakkan jantungmu
Biarkan aku jatuh cinta Pesona ku pada pandangan Saat kita jumpa Biarkan aku kan mencoba Tak perduli kau berkata Tuk mau atau tidak
Biarkan aku jatuh cinta Pesona ku pada pandangan Saat kita jumpa Biarkan aku kan mencoba Tak perduli kau berkata Tuk mau atau tidak
Biarkan aku jatuh cinta Pesona ku pada pandangan Saat kita jumpa Biarkan aku kan mencoba Tak perduli kau berkata Tuk mau atau tidak Tidak tidak tidak
Mata ini indah melihatmu Rasa ini rasakan cintamu
By ST 12 (OST Safa & Marwah)
Friday, February 7, 2014
22 March 1989 vs 22 March 2013
Di lahirkan di Hospital Seremban tapi aku tiada sedara mara di
Negeri Sembilan. So aku orang Selangor k. Pada tarikh 22 March 1989,
15 Sya'aban, pada malam Nisfu Sya'aban anak pertama umi di beranakkan
dengan perit jerit.
Pada mulanya di besarkan oleh umi di Boundry, Banting, sampai umi
beranakkan anak no.3.Opah ambil aku untuk di bela (umur opah 40),
masa kecik2 dulu kehidupan kami agak sukar, opah kesiankan umi,
pastu pada umur 1tahun lebih aku dibesarkan oleh opah.
Aku tak ingat memori masa kecik, tapi bila tengok gambar masa kecik2
aku ingat situasi ketika itu. Aku dimanjakan, di jaga bagai menatang
minyak yang penuh. Masa aku masih menyusu menggunakan cawan
berlubang 3 aku panggil opah 'Mak'. Kalau aku merajuk, di buli, opah
selalu panggil aku dengan tangan terbuka untuk memeluk aku.
Sampai satu hari aku bermain dengan pencukur, opah marah, lepastu
aku terus dah tak manja dengan opah. Rasanya waktu tu umur dalam
kurang dari 5 tahun. (Karangan macam budak darjah 3)
Selepas aku duduk sebulan di rumah umi, aku pulang ke rumah opah
di Ampang bersama adik2 yang lain, terasa kekok sangat nak panggil
'Mak', mula panggil opah. Aku juga di besarkan oleh makcik2 aku
yang lain, yang masih remaja dan bersekolah.
Ayah aku adalah anak sulung daripada 10 beradik.
Masa kecik2, sebelum keluar pergi mana2 opah selalu cakap
"Opah takde duit ye,jangan mintak pape"
Aku pun xde kemahuan nak minx, tapi setiap kali opah cakap
camtu pasti ada je barang yang aku dapat "Chombi nak ape, ambik la"
Macam2 opah n makcik2 aku pnggil aku, chombi, jawe, ape ntah lagi.
Kawan2 aku masa kecik jiran sebelah rumah, tak pernah tanya
umo diorg, Klo maen kahwin2 ke masak2 ke aku mesti jadi lelaki
sebab paling tinggi n rambut pendek. Ingat2 lupa. Chichi, Noni, & Sarah
(name timangan dah tak ingat) Mana la diorang sekarang.
Chacha iaitu kakak Chici dah jadi artis terkenal -Tasha Shila.
Masuk darjah 1 (1996), aku tak boleh jauh dari opah. Menangis je bila
opah takde kat pandangan mata. Seingat aku, setahun opah menunggu
aku kat sekolah. Kalau opah balik aku nangis, aku dalam kelas then
opah mesti ada kat belakang kelas atau kat kantin, manje kan sangat.
Berenggang pun taknak.
Opah bela aku dari umur setahun lebih sampai umur 15 tahun (2004).
Selama aku membesar, aku tak nampak opah tunjukkan kasih sayang
dengan kata2, opah tunjuk kasih sayang dengan perbuatan.
Tapi masa tu, aku budak baru nak naik, malas, tak dengar kata,
takde perasaan. Tapi aku tak kurang ajar. Dah besar, dah duduk dengan
umi ayah, tak ingat opah, tak telefon opah, taktau nak borak apa
dengan opah. Teruknya, cucu sulung ni. Tapi masa tu aku masih remaja,
kawan first famili ntah yang ke berapa.
Tanggal 22 Januari 2013, aku mendapat tempat praktikal di
FRIM Kepong. Duduk di rumah opah, berulang dari Ampang ke
Kepong (45minit). Bersama Nouvo Lc ku.. Aku di beri praktikal
selama 7 minggu,& selama sebulan opah menjaga aku. Ketika opah sedang
sakit bahu, ketika organ dalaman opah perlu di operasi, ketika keadaan
opah yang nampak sihat di luar tapi di dalam menderita :'(
Setiap pagi selama aku praktikal, opah cuba siapkan sarapan
untuk aku. :(
Tiap kali pulang petang, pasti ada sambal belacan kegemaranku
buatan opah, opah tumbuk sambal belacan sedangkan tisu dibahunya
sudah terkoyak. Setiap malam bahunya diletakkan ais untuk
menahan kesakitan.Walaupun aku dah melarang opah menumbuk,
tapi tetap ada sambal belacan tu. Opah sentiasa sediakan makanan
kegemaranku, asam pedas. :'(
Sayangnya opah pada kau Ummu!
Masuk minggu ke 4 aku praktikal, Opah masuk hospital untuk
di operasi. Tak semua tahu, sebab hanya pembedahan kecil
di bahagian perut. Tak menjangka ada kaitan dengan bahagian yang lain
dan memerlukan pembedahan kali kedua. Result yang sama,
opah terlantar di hospital selama sebulan, setiap hari, setiap anak2nya,
berdoa supaya opah cepat sembuh, dan aku juga berdoa,
Ya Allah, tolonglah! Beri kesihatan pada opah, panjangkanlah umurnya,
Sempatkanlah untuk opah melihat cicitnya dari cucu sulungnya.
Tapi, kami juga tak sanggup lihat opah terbaring menderita. :'(
Tanggal 22 March 2013, pada hari Jumaat. Opah menghembuskan
nafasnya yang terakhir, dan meninggalkan atok, anak2 dan cucu2
yang belum bersedia untuk melepaskan dia pergi. Belum bersedia!
Tapi ketentuan Allah, tiada siapa yang mampu mengubah.
Pada hari lahirku, aku menerima hadiah yang paling tak dapat
dilupakan.Perginya seorang wanita yang sangat penyayang,
kasih pada anak2, kasih pada cucunya, kasih pada kanak2,
hanya kenangan yang dapat di simpan rapi.
Opah - Rohani Mat Yit (Al-Fatihah)
![]() |
| When I was 1 year |
Thursday, January 23, 2014
Perkahwinan dari sudut saya
Tuesday, March 5, 2013
Praktikal dan Kelas
Sunday, December 23, 2012
Kecewa!
Saturday, December 15, 2012
Anak ikan melompat-lompat
jatuh hati dengan orang bawah umur (20-22 tahun nie)?
Ofkos la kita akan tetap jatuh hati. Ermmm, what will i get?
Nothing! Walaupun hati tergugat, tapi pendirian tetap sama.
Aku tahu diri aku macam mana. Dan aku tahu perasaan nie
akan lupus jugak. Walaupun boleh makan sampai bertahun.
Aku hanya harap dia tak pedulikan aku and lama2 aku
akan pergi dari hidupnya.
Macam apa yang terjadi pada aku sebelum nie, tapi dia bukan anak
ikan. Same old as me, dia tak hensem pun tapi ada tarikan
dari diri dia yang buat aku terpikat(yakss =P), agak lama aku
menaruh harapan walaupun dia tak beri harapan tu tapi dia
tetap melayan kehendak aku. Akhirnya bila diri nie sudah rasa tiada
keserasian dan dia cuba jauh dariku(katanya sibuk bekerja)-whatever!
Aku pun berdiam diri, malas nak amik port dah. Actually dari awal
perkenalan lagi bagi aku dia tak serasi dengan aku, tapi ntah
mantera apa dia gunakan aku sangkut kat dia. 3 tahun cukup lama walau
pun macam chipsmore tali perhubungan kitorang, dan sekarang
aku pula cuba menjauhi dia. Sebab aku rasa Cukup Sampai di sini Saje!
Dia kol aku tak angkat. haa? tak angkat? Sebelum2 nie, kalau dia kol
aku tak perasan aku akan kol balik, se sibuk mane pun aku, setiap
panggilan dia yang aku tak jawab aku tetap akan kol balik.
Aku bukan penting pun bagi dirinya, selama nie pun dia juz anggap
aku kawan. So, sekarang aku juz anggap dia seorang yang tak
penting dalam hati aku. Boleh kan? Fair and square right?
Eh, dah lari tajuk nie. Cerita sebenarnya pasal budak bawah umur atau
dikenali as anak ikan. Anak ikan (yang baik) kat sini boleh di kira
1 dalam 1000 yang lebih suka orang lebih tua darinya, tapi yang aku
jumpa 999 orang. Aku tak suka anak ikan sebab aku anak sulung dan ada
ramai adik beradik, sepatutnya aku kenalah cari ketua keluarga yang lebih
tua sikit (macamlah dapat).hehe.
Saturday, December 8, 2012
Jejaka Idaman Ku
Saya dan Aplikasi Kimia
bagi la ringkasan sikit. Masa mohon semester akhir diploma
dulu ofcoz la pilih UiTM, sebab tiket masuk ke UiTM dah
ada kalau nak sambung degree. Nak di jadikan cerita, adalah
4 pilihan yang perlu di isi;
1. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia Gunaan
2. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik
3. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik
4. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sistem Cerdas
Perasan tak apa yang berbeza di sini? Aku isi 3 course dari
Fakulti Sains Komputer & Matematik, memang tak dapat la
sebab aku amek Diploma Sains, dah lari bidang kalau dapat
tapi pilihan pertama aku kimia. Actually aku memang mengharap
dapat antara tiga tu daripada yang 1st.hehe
Mungkin rezeki aku di bidang Kimia, In Shaa Allah.
Setelah Semester Ke-3
"Oh Dokter (lecturer ku), saya belajar Applied Chemistry untuk lari
dari biologi, Dr. suruh kami hafal subjek Quality macam hafal biologi?"
kataku dalam hati.
Kenapa aku rasa aku bakal repeat subjek Quality nie selepas
Dr. berkata begitu?
>Sebab time Diploma aku selalu repeat Biologi< hehehe.
Monday, November 26, 2012
Melamar.......
Because i'm not ready. Also im really not know who he is.
Terkejut beruk jugak, aku ingat dia main2 n hope dia main2.hehe
Walaupun di hujung sudut hati aku nak rasa komitmen sebagai
seorang isteri tapi aku masih rasa nak bebas sebab masih belajar
dan kalau nak keluar nanti dah tak boleh sebarangan.
Apa katanya? "Ummu jahat kejam."
Kenal pun tak, aku tolak secara baik pun dah dapat title macam tu.
Orang datang kat kita secara tiba2 pastu ajak kawin,
memang kena tolak pun secara tiba2 la.hihi.
Aku kenal dia masa kat tempat belajar diploma dulu, dia
kawan abang angkat kitorang(kak yati, fyka, najwa).
Lepak ramai2 ada dia sekali, ada la dalam dua kali je.
Aku takut aku tak serasi dengan dia. Takut la. So jawapannya
TIDAK. (",)











